8.3.11

Kenapa Tuhan temukan kita dengan orang yang salah ?

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

 1. Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-Nya.

 2. Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

 3. Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Tuhan.

 4. Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

 5. Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Tuhan Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

 6. Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

 7. Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusa yang hebat jiwanya.

 8. Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Tuhan.

 9. Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan Tuhan dengan melaksanakan suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya..

Percayalah sesungguhnya Tuhan malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-Nya..

GOD knows BEST!




No comments:

Post a Comment