Showing posts with label Kata-kata Hikmat. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata Hikmat. Show all posts

8.6.12

5 perkara yang tidak disukai wanita mengenai lelaki

(1) Perhubungan- Wanita secara umumnya lebih terbuka untuk menceritakan mengenai perhubungan mereka terhadap rakan, keluarga dan sebagainya. Manakala lelaki pula lebih selesa untuk menyembunyikan perhubungan mereka. Disebabkan perkara inilah ramai wanita tidak suka mengenai lelaki. Mereka lebih merasakan bahawa jika seseorang lelaki menyembunyikan perhubungan, pasti lelaki tersebut mempunyai niat yang lain. Ia mungkin benar dan mungkin juga tidak. Mungkin lelaki tersebut mempunyai alasan yang tersendiri untuk menyembunyikannya.

(2) Diabaikan- Lelaki lebih gemar untuk menghabiskan masa mereka bersama rakan tetapi wanita pula lebih gemar untuk menghabiskan masa bersama pasangan. Perkara ini tidak disukai wanita kerana akan membuatkan mereka berasa terabai sekiranya lelaki gagal untuk menemani mereka.

(3) Persahabatan- Sesetengah wanita tidak suka melihat perhubungan pasangan mereka bersama rakan wanita yang lain. Adalah lebih teruk sekiranya mereka juga tidak suka melihat perhubungan pasangan mereka dan juga rakan lelaki. Ini disebabkan kerana lelaki kebiasaannya akan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding pasangan mereka sendiri. Perkara ini tidak disukai wanita kerana merasakan kedudukan mereka telah tergugat.

(4) Penipuan- Wanita tidak suka terhadap lelaki yang suka menipu. Sekiranya penipuan lelaki tersebut terbongkar, pasti kata-kata “lelaki semua sama” akan dilontarkan.

(5) Hubungan yang lalu- Wanita tidak suka apabila lelaki menceritakan mengenai perhubungan mereka yang lalu, berapa banyak teman wanita yang mereka telah ada dan sebagainya. Ia membuatkan mereka berasa meluat untuk mendengarnya kerana perkara tersebut adalah perkara yang paling tidak disukai wanita.


6.1.12

see this !


Guys, don’t talk about other girls to your girlfriend because in her eyes, every girl out there is her enemy . Not everyone can control jealousy, most times jealousy takes over everyone, even you. Talking about another girl to your girlfriend makes her feel like you’ll leave her when a prettier girl comes into your life. Don’t try to get your girlfriend jealous just because its cute. What your doing is making her feel insecure. You need to make her feel that you won’t leave her for any girl that comes your way . Your girl wants to feel secure, like she’s the one and only one that matters in your life . It’s one way she’s able to trust you . Same goes for girls, Guys don’t like it when another guy is involved in the conversation , it pisses them off and you don’t want to over due their anger. Trust me, they will get super pissed. 

20.11.11

FACTS: di sebalik air mata perempuan.


Pernah kah korang terfikir?
kenapa seorg perempuan menangis hanya sebab seorang lelaki?
mungkin sebab anda sudah terbiasa dgn auta bahawa perempuan mmg suka menangis 
itu yang menyebabkan anda buat x kisah saja bila  perempuan menangis

seorg prmpuan x akan senang2 menangis,
tp hnya bila dia dh mula syg or cintakan anda,
dia sanggup merendahkan egonya semata2 sbb anda, wahai lelaki. 

bila dia menangis di hadapan anda,
bila dia menangis sbb anda,
pandanglah mata dia,
bolehkah anda rasa apa yg dia rasa?
pernahkah anda cuba memahami apa yg dia rasa?
Fikirkanlah!
berbaloikah dia menangis
dihadapan anda
hnya kerana sikap anda??

dia menangis bkn sbb dia lemah
dia menangis bkn sbb dia nk kn simpati
tp,
dia menangis sbb dia x mmpu lg nk menangis dlm hati 
kesedihan yg dia rasa x snggup disimpan dlm hati

guys,
cuba anda ambil masa sikit dan fikir
jika si dia menangis hnya sbb anda
mungkin dah smpai masanya anda fikir mana silap anda
sbb hnya anda saja yg tau jwpnnya

fikirkan..
sbb satu hari nanti,
mungkin dh trlalu lmbt utk anda menyesal
atau mungkin dh trlalu lmbt utk anda ckp "maafkan saya.."

guys,
kalo sorg prmpuan menagis sbb anda,
jgn lah biarkn dia menangis keseorngan
temankan lah dia,
berada lah di sisi dia
sbb dia lah yg akn setia dgn anda smpai akhir hayat nanti

guys,
kalo seorg prmpuan menangis sbb anda,
jgn lah tinggalkan dia selagi dia masih mmrlukan anda
kerana anda hnya akn merosakkan hidup dia

guys,
jgn pernah  ckp sayang,
jgn pernah sesekali ckp cinta kpd seorg prmpuan,
slagi anda belum betul2 ykin yg anda x akan tinggalkan dia
atau slagi anda belum betul2 yakin dan sedia utk bercinta
sbb,
anda hnya akn mmbuatkn dia menangis dan menderita

" mudah bagi seorang perempuan utk berpura2 melupakan cinta lamanya,
terutama cinta pertama,
tp.......
bukan mudah utk mmbuang parut dlm jiwanya "

~ the end ~

SOURCE : BLOG TIRAISMAIL

so, appreciate your girl !




10.11.11

this is soooo TOUCHING !


Boy: I broke up with her.

His Best Friend: What happened?

Boy: She’s just too much for me.

His Best Friend: What makes you say that? What did she do wrong?

Boy: Well,...for one.. She only cared about her appearance. Always had to look good, always took forever
to get dressed! So insecure..

His Best Friend: So, you broke her heart because she wanted to keep your eyes locked on her? She wanted
you to see that you have the prettiest girl under your sleeve and not think otherwise? I see..


Boy: Oh.. Well.. She’d often call me or text me asking where I am, who I’m with, telling me not to smoke,
not to drink. She’s so clingy!

His Best Friend: So, you broke her heart because she cares about your well being? Because she cares about
you a lot? And her greatest fear is losing you. I see..

Boy: But..Uhh.. Well, she’d always cry when I say something slightly mean. She can’t handle anything. She’s
a crybaby!

His Best Friend: So, you broke her heart because she has feelings? And because she just wanted to hear you
say you love her? I see..


Boy: I.. Well! You know, she’d get jealous easily. I could barely talk to other girls! She’s so annoying! I had
to hide it from her.

His Best Friend: So, you broke her heart because she just wanted you to commit to her? She thought you
were faithful, but you lied so she could find out later and hurt even more?She just wanted the guy she loves the most to love only her. I see..

Boy: Well, she..

His Best Friend:You broke up with her 
because she’s good for you? She just wanted the best for you? She’s
broken now because you were selfish. Are you proud?

Boy: I broke her heart.. Because I couldn't see what was happening.. What happened to me?

His Best Friend: You lost the girl that loved you like no one else could. You see? You didn’t want her when
all she ever wanted was you. THAT’S what happened..


so, never take your loves one just for granted because once u letting him/her out of your life, u might not have her/him again. and surely
u will regret it ! :)







5.5.11

Seandainya lelaki tahu..


Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya

Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love you’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu
Sememangnya Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Tuhan indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

SOURCE : NUR SYAFIQAH'S OFFICIAL SITE










1.5.11

SAYANG :)

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan

Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya

Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya

Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya

Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya

Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka

Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari

Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman

Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga

Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur

Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki



9.3.11

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih ,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawanmereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaandicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)