Just now, aku buka kawan aku punya fesbuk. then aku tengok dia punya link, ada video,youtube punya okay. video tu puisi. kira puisi jiwang lh tu.. it's all about beautiful life. puisi tu diterjemahkan dalam bentuk dialog. between student and cikgu. let's us see it together. hampir menangis aku bila membaca setiap patah dialog tu. huhu :'(
Pada suatu hari, seorang murid bertanya pada gurunya . ketika itu, guru itu sedang mengajar tentang kasih sayang ..
Pelajar : Cikgu, mcm mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai org yang paling kita sayang ? Mcm mana pulak kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Ok, kamu ikut apa yg saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh semula ke belakang walau sekali. dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih ?
Pelajar : tadi, semasa saya berjalan, saya cari lah rumput yang paling cantik . memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik , maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi,. Tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. tapi, dah cikgu cakap , tak boleh menoleh ke belakang semula. jadi, tiada lah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya , itulah jawapannya. Maknanya, APABILA KITA DAH BERJUMPA DENGAN SESEORANG YG KITA SAYANG, JANGANLAH KITA MENCARI LAGI YG LEBIH BAIK DARI ITU..KITA PATUT HARGAI ORANG YG BERADA DI DEPAN KITA SEBAIK BAIKNYA,.JANGAN KITA MENOLEH KE BELAKANG LAGI KERANA YG BERLAKU TETAP DAH BERLAKU.. SEMOGA YG BERLALU TIDAK BERULANG LG. DAN INGATLAH ORG YG PALING KITA SAYANG ITU LAH YANG PALING CANTIK DAN PALING BAIK. WALAUPUN NAK IKUTKAN, BANYAK LAGI YANG CANTIK DAN BAIK SEPERTI RUMPUT TADI...
p/s : itulah kenyataan & hakikatnya wahai pasangan kekasih di luar sana.. we shud realise about it :) hargai pasangan anda kerana tiada yang lebih baik & cantik dari dia meskipun melambak yg cntik & baik kat luar sana..
No comments:
Post a Comment