(1) Perhubungan- Wanita secara umumnya lebih terbuka
untuk menceritakan mengenai perhubungan mereka terhadap rakan, keluarga
dan sebagainya. Manakala lelaki pula lebih selesa untuk menyembunyikan
perhubungan mereka. Disebabkan perkara inilah ramai wanita tidak suka
mengenai lelaki. Mereka lebih merasakan bahawa jika seseorang lelaki
menyembunyikan perhubungan, pasti lelaki tersebut mempunyai niat yang lain. Ia mungkin benar dan mungkin juga tidak. Mungkin lelaki tersebut mempunyai alasan yang tersendiri untuk menyembunyikannya.
(2) Diabaikan- Lelaki lebih gemar untuk menghabiskan
masa mereka bersama rakan tetapi wanita pula lebih gemar untuk
menghabiskan masa bersama pasangan. Perkara ini tidak disukai wanita
kerana akan membuatkan mereka berasa terabai sekiranya lelaki gagal
untuk menemani mereka.
(3) Persahabatan- Sesetengah wanita tidak suka melihat perhubungan pasangan mereka bersama rakan wanita yang lain.
Adalah lebih teruk sekiranya mereka juga tidak suka melihat perhubungan
pasangan mereka dan juga rakan lelaki. Ini disebabkan kerana lelaki
kebiasaannya akan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan
berbanding pasangan mereka sendiri. Perkara ini tidak disukai wanita
kerana merasakan kedudukan mereka telah tergugat.
(4) Penipuan- Wanita tidak suka terhadap lelaki yang suka menipu. Sekiranya penipuan lelaki tersebut terbongkar, pasti kata-kata “lelaki semua sama” akan dilontarkan.
(5) Hubungan yang lalu- Wanita tidak suka apabila lelaki menceritakan mengenai perhubungan
mereka yang lalu, berapa banyak teman wanita yang mereka telah ada dan
sebagainya. Ia membuatkan mereka berasa meluat untuk mendengarnya kerana
perkara tersebut adalah perkara yang paling tidak disukai wanita.
No comments:
Post a Comment